Jawatan Kosong Unisza 2026 ~ 28 Jenis Jawatan Dibuka
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini membuka jawatan kosong bagi tahun 2026 kepada warganegara semua Malaysia yang berkelayakan dan sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan. Peluang ini merangkumi pelbagai jenis jawatan dalam pelbagai bidang dalam kategori Pengurusan & Profesional serta Pelaksana, termasuk bidang perubatan, kejuruteraan, pentadbiran dan teknikal.
Menurut iklan jawatan yang dibuka, pengambilan ini melibatkan lantikan secara tetap dan kontrak (Contract-of-Service / Contract-for-Service).
Senarai Jawatan Ditawarkan UniSZA 2026

Antara jawatan utama yang dibuka adalah:
Kumpulan Pengurusan & Profesional
- Pegawai Sains (C9)
- Pegawai Veterinar (G9)
- Jurutera (J9)
- Arkitek (J9)
- Juru Ukur Bahan (J9)
- Pegawai Tadbir (N9)
- Pegawai Psikologi (S9)
- Penolong Pegawai Perubatan (U9)
- Jururawat (U9)
- Pegawai Optometri (U9)
- Pegawai Pemulihan Perubatan (U9)
- Pegawai Perubatan (UD10 / UD12 / UD13 / UD14)
Kumpulan Pelaksana & Sokongan
- Penolong Pegawai Penyediaan Makanan (C5)
- Penolong Pegawai Veterinar (G5)
- Penolong Arkitek Landskap (JA5)
- Penolong Jurutera (JA5)
- Penolong Pegawai Tadbir (N5)
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (S5)
- Jururawat (U5)
- Juru X-Ray (U5)
- Penolong Pegawai Perubatan (U5)
- Juruteknologi Makmal Perubatan (U5)
- Jurupulih Perubatan (U5)
- Penolong Pegawai Farmasi (U5)
- Juruteknik Komputer (FT1)
- Pembantu Khidmat Am (H1)
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (N1)
- Pembantu Perawatan Kesihatan (U1)
Jawatan ini menawarkan julat gaji sekitar RM2,250 hingga RM11,110, bergantung kepada gred dan kelayakan.
Jawatan & Skop Tugas
1. Arkitek (Gred J9)
Antara tugas utama:
- Merancang dan mereka bentuk bangunan kampus seperti fakulti, kolej dan kemudahan lain
- Menyediakan pelan pembangunan kampus jangka panjang
- Menyelia pembinaan dan memastikan pematuhan spesifikasi
Jawatan ini memerlukan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina serta pengiktirafan LAM dan pendaftaran sebagai Arkitek Graduan.
2. Penolong Jurutera (Gred JA5)
Antara fungsi kerja:
- Membantu pelaksanaan projek pembangunan infrastruktur
- Menyediakan lukisan teknikal dan laporan projek
- Menyelia kerja pembinaan serta penyelenggaraan fasiliti kampus
Kelayakan minimum adalah Diploma atau Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf kerajaan.
3. Pembantu Perawatan Kesihatan (Gred U1)
Tugas utama:
- Membantu jururawat dan pegawai perubatan
- Menjaga kebersihan dan keperluan asas pesakit
- Memantau keadaan pesakit dan melaporkan perubahan
Jawatan ini hanya memerlukan SPM dengan kepujian Bahasa Melayu.
Baca juga:
- Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad 2026 – Ambilan Terbuka Seluruh Malaysia
- Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2026 : Semak Status, Syarat Kelayakan & Tarikh Bayaran
Syarat Umum Permohonan Unisza
Teliti syarat-syart permohonan seperti yang tertera dibawah:
- Warganegara Malaysia
- Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun
- Mengisi permohonan secara online
- Membuat bayaran permohonan RM10
- Hanya satu jawatan sahaja boleh dipohon
Selain itu, pemohon wajib memuat naik dokumen berikut:
- CV terkini
- Gambar passport berlatar belakang biru
- Sijil SPM
- Sijil akademik dan transkrip
- Sijil tambahan berkaitan
Permohonan tidak lengkap atau tidak dibayar tidak akan diproses.
Syarat Penuh disini
Tarikh Permohonan Jawatan Kosong Unisza
Tempoh permohonan adalah:
📅 29 Mac 2026 hingga 7 April 2026
Pemohon yang tidak menerima maklum balas selepas 6 bulan dianggap tidak berjaya.
Cara Mohon Jawatan UniSZA
Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui portal rasmi e-Perjawatan UniSZA (https://ejawatan.unisza.edu.my/login.php?a=MjY5ODIx)
Calon dinasihatkan untuk:
- Mengisi maklumat dengan lengkap
- Memastikan semua dokumen dimuat naik
- Menyemak kelayakan sebelum menghantar permohonan
Kelebihan Bekerja di UniSZA
Antara kelebihan utama menyertai UniSZA:
1. Peluang Kerjaya Pelbagai Bidang
Dari perubatan hingga kejuruteraan dan pentadbiran.
2. Skim Perkhidmatan Jelas
Setiap jawatan tertakluk kepada skim perkhidmatan kerajaan yang tersusun.
3. Pengalaman Dalam Institusi Pendidikan
Memberi peluang bekerja dalam persekitaran akademik dan profesional.
Kesimpulan
Jawatan Kosong UniSZA 2026 ini menawarkan peluang besar kerana pelbagai bidang jawatan dibuka, atas kelebihan ini mereka yang datang dari pelbagai bidang boleh memohon dalam pengisian jawatan kali ini. Rakyat Malaysia yang benar – benar berminat dan ingin membina kerjaya dalam sektor pendidikan tinggi dan kesihatan serta lain-lain.
Dengan pelbagai jawatan dari peringkat SPM, pra-universiti, diploma hingga ijazah sarjana muda, peluang ini terbuka luas kepada pelbagai lapisan akademik dan masyarakat diluar sana yang memang telah lama mengimpikan jawatan dalam sektor pendidikan tinggi ini.
Jika anda memenuhi syarat dan kelayakan, pastikan permohonan dibuat sebelum tarikh tutup.