STR Fasa 1 2026 Semakan Status Kelulusan : Sama Ada Lulus Atau Tidak

str fasa 1

STR FASA 1 2026 SEMAKAN STATUS KELULUSAN : SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK

Setelah berjaya mengemukakan permohonan, pastinya setiap pemohon menantikan keputusan kelulusan permohonan. Oleh itu, setiap pemohon boleh menyemak status kelulusan untuk tahu sama ada lulus atau tidak sebagai penerima bayaran STR Fasa 1 2026.

Bagaimanakah semakan kelulusan STR Fasa 1? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

CARA PENYALURAN STR 2026

Terdapat dua (2) cara penyaluran Bantuan STR yang memudahkan penerima kerana mengikut keadaan penerima seperti berikut :

Penerima mempunyai akaun bank

  • Disalurkan secara terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan)

Penerima tiada akaun bank atau Status ‘Gagal Kredit’

  • Disalurkan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran penerima.

str fasa 1

Baca Juga:

JADUAL PENYALURAN STR FASA 1 2026

Tidak kurang dari 10 hari sahaja lagi Bantuan STR akan disalurkan seperti jadual berikut :

Penerima Sedia Ada

  • Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat

Penerima Baharu

  • Bermula 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat

*Peringkat bayaran Bantuan STR setiap fasa lazimnya dilaksanakan selama 3 hingga ke 7 hari dari tarikh ynag dinyatakan.

AMAUN PENYALURAN STR

Penyaluran Bantuan STR Fasa 1 akan diberikan mengikut amaun yang ditetapkan setiap kategori penerima seperti berikut :

Kategori Isi Rumah :

  • Isi Rumah Pendapatan : Bawah RM2,500 – Bayaran disalurkan : RM500
  • Isi Rumah Pendapatan : RM2,501 – RM5,000 – Bayaran disalurkan : RM50 hingga RM250 (Tertakluk jumlah anak)

Kategori Bujang :

  • Bujang Berumur : 60 tahun dan ke atas – Bayaran disalurkan : RM150
  • Bujang Berumur : 21 hingga 59 tahun – RM0

TARIKH SEMAKAN KELULUSAN STR FASA 1

Bagi pemohon sedia ada yang telah mengemaskini pemohonan dan juga pemohon baharu yang telah mengemukakan permohonan sebelum pada 28 November 2025, kini boleh membuat semakan status kelulusan permohonan sebelum pada 20 Januari 2026.

STR FASA 1 2026 SEMAKAN KELULUSAN

Semakan status kelulusan permohonan STR boleh dilakukan secara online melalui laman web rasmi STR seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelulusan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

INFO LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]