CHECK MYSARA 100 2026 : SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

check mysara 100

CHECK MYSARA 100 2026 : SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Lebih 8.1 juta rakyat Malaysia layak menerima bantuan bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Untuk penerima yang belum mengetahui status terkini sama ada turut layak atau tidak menerima bayaran bulanan SARA, boleh membuat semakan dengan mudah di laman rasmi Program SARA.

Bagaimanakah cara semak dan check mysara 100? Ikuti Info lanjut disini.

SYARAT KELAYAKAN CHECK MYSARA 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, terdiri daripada :

SARA EKASIH

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

SARA BUKAN EKASIH

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
  • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

check mysara 100

Baca Juga:

KADAR KELAYAKAN CHECK MYSARA 100 2026

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 seperti berikut :

Amaun Bulanan :

  • Isi Rumah : RM200 Setiap Bulan (Berstatus eKasih) : RM100 Setiap Bulan (Bukan eKasih)
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM150 Setiap Bulan (Berstatus eKasih) : RM50 Setiap Bulan (Bukan eKasih)
  • Bujang : RM100 Setiap Bulan (Berstatus eKasih) : RM50 Setiap Bulan (Bukan eKasih)

Total Kelayakan Setahun :

  • Isi Rumah : RM2,400 Setahun (Berstatus eKasih) : RM1,200 (Bukan eKasih)
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM1,800 Setahun (Berstatusu eKasih) : RM600 Setahun (Bukan eKasih)
  • Bujang : RM1,200 Setahun (Berstatus eKasih) : RM600 Setahun (Bukan eKasih)

SEMAK PENERIMA BAYARAN CHECK MYSARA 100 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

Semakan Status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Check MySARA 100 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
  9. Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
  10. Status : Layak (jika anda layak)
  11. Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
  12. Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
  13. Baki (RM) : 100.00
  14. ⁠Selesai.

Semakan Status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
  11. Status Permohonan STR;
  12. Jumlah Telah Dibayar;
  13. Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
  14. Status Kelayakan SARA;
  15. Selesai.

check mysara 100

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]