Ada Pengeluaran KWSP 2.0? Ini Jawapan Rasmi Pihak KWSP

Sejak kebelakangan ini, ura-ura mengenai pengeluaran KWSP 2.0 kembali menjadi perbualan orang ramai. Ditambah lagi ada beberapa pihak yang memperjuangkan agar pengeluaran KWSP dapat dilakukan sekali lagi.

Setelah pelbagai petisyen dibuka dan juga borang maklumbalas dibuat, masih tidak kedengaran mengenai berita pembukaan semula KWSP 2.0.

Pengguna Tanya Pengeluaran KWSP 2.0

Bagaimanapun, di laman Facebook, terdapat pengguna yang bertanya jika terdapat pengeluaran KWSP 2.0.

Pengeluaran KWSP 2.0

Baca Juga:

Jawapan pihak KWSP adalah seperti berikut:

Hi! Setakat ini, tiada Pengeluaran Khas 2.0 dilaksanakan. Mohon berhati-hati dengan info yang ditularkan berkaitan Pengeluaran 10k melalui laman media sosial dan Whatsapp. Anda dinasihatkan untuk dapatkan info terkini berkaitan produk dan perkhidmatan KWSP melalui saluran rasmi KWSP:

Jangan Dedahkan Maklumat Peribadi Anda

Sebelum ini juga, pihak KWSP meminta agar semua orang dapat berhati-hati dalam mengisi mana-mana borang yang bukan rasmi dari kerajaan/ KWSP. Ini kerana dikhuatiri data anda akan digunakan bagi tujuan yang tidak baik.

Ikuti t.me/mohonkerjaya untuk info terkini mengenai bantuan di Malaysia.

Pengeluaran KWSP 2.0

Dinasihatkan untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga. Ingat, kita perlu sentiasa berhati-hati dan berwaspada! Klik https://www.kwsp.gov.my/ms/web/guest/w/be-cautious-of-suspicious-emails-calls-and-messages untuk info lanjut. -SNS