Bantuan EKasih RM200 2025 : Semakan Status Kelayakan
BANTUAN EKASIH RM200 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
EKasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) termasuk Bantuan SARA MyKasih RM200 sebulan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan eKasih 200? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
MEDIUM BAYARAN BANTUAN EKASIH RM200 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada golongan yang melepasi status e-Kasih adalah pada awalnya dibayar sebanyak RM100 selama tiga (3) bulan. Kemudian, kerajaan menambah sebanyak RM100 menjadikan bayaran sebanyak RM200 sebulan selama sembilan (9) bulan.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong 2025 Penerangan Malaysia Terbuka Seluruh Malaysia
- Bantuan EWallet MyKasih 2025 : Semak Status & Tarikh Bayaran
TARIKH BAYARAN BANTUAN EKASIH RM200 2025
Tarikh pembayaran Bantuan e-Kasih RM200 sebulan adalah seperti berikut :
- 15/01/2025 (Rabu) : RM100.
- 01/02/2025 (Sabtu) : RM100.
- 01/03/2025 (Sabtu) : RM100.
- 01/04/2025 (Selasa) : RM200.
- 01/05/2025 (Khamis) : RM200.
- 01/06/2025 (Ahad) : RM200.
- 01/07/2025 (Selasa) : RM200.
- 01/08/2025 (Jumaat) : RM200.
- 01/09/2025 (Isnin) : RM200.
- 01/10/2025 (Rabu) : RM200.
- 01/11/2025 (Sabtu) : RM200.
- 01/12/2025 (Isnin) : RM200.
KELAYAKAN PENERIMA
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan RM200 sebulan :
- Warganegara Malaysia;
- Golongan isi rumah berpasangan (ada / tiada anak) / isi rumah tunggal (ada anak);
- Pendapatan isi rumah bawah bawah garis kemiskinan nasional (PGK) semasa;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN EKASIH RM200
Bagi individu yang telah mendaftar e-Kasih boleh mengetahui status pendaftaran seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi e-Kasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada e-Kasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Setelah itu, ketahui status kelayakan sebagai peenrima Bantuan MyKasih RM200 sebulan mengikut semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan e-Kasih (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- Talian e-Kasih : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.