Bantuan Kewangan RM400 Untuk Keluarga B40 Mula Dikreditkan
Bantuan Kewangan RM400 – Berita baik untuk mana-mana keluarga kategori B40, kerajaan telah menyediakan bantuan seminimum RM400 hingga maksimum RM1200.
Bantuan ini akan dibayar pada STR Fasa 4 bulan November nanti.
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 telah dilancarkan oleh kerajaan MADANI. Bantuan ini adalah sehingga RM 2,500 belum termasuk dengan bantuan tambahan bagi isi rumah yang layak.
Pembayaran bantuan ini sudah tentu serba sedikit meringankan beban rakyat lebih-lebih lagi yang sedang dalam kegawatan ekonomi.
STR FASA 4
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 merupakan bayaran terakhir untuk STR bagi tahun 2023 ini.
Fasa 1 adalah pada bulan Januari kemudian Fasa 2 pada bulan April bersamaan dengan beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kini Fasa 3 pada bulan Jun lepas.
Baca Juga:
- Bantuan Kewangan Khas RM600 Mula Dikreditkan Hari Ini
- KWSP Pertimbang Pengeluaran Berkala Sehingga RM50,000
TARIKH BAYARAN BANTUAN KEWANGAN RM400
Pembayan bagi fasa terakhir ini dijangkakan bakal diberikan pada bulan
- November 2023
Tetapi, belum ada tarikh khusus yang dikeluarkan oleh kerajaan. Perkara ini hanya berpandukan dengan jadual yang dikeluarkan oleh pihak kewangan.
JUMLAH BANTUAN STR FASA 4
Seperti yang anda baca pada pendahuluan di atas, maksimum bayaran STR Fasa 4 untuk PENERIMA BAHARU adalah RM 1,200. Terdapat sedikit perbezaan daripada jumlah bayaran untuk PENERIMA LAMA. Sila semak kategori anda di bawah.
KATEGORI ISI RUMAH RM 0 – RM 2,500 (B40 & MISKIN TEGAR)
- Tiada anak : RM 400
- 1-2 anak : RM 600
- 3-4 anak : RM 900
- 5 dan ke atas anak : RM 1,200
KATEGORI ISI RUMAH RM 2,501 – RM 5,000 (M40)
- Tiada anak : RM 150
- 1-2 anak : RM 200
- 3-4 anak : RM 400
- 5 dan ke atas anak : RM 500
WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN DAN KE ATAS)
- Menerima bayaran RM 300
BUJANG DAN BUJANG OKU
- RM 200
SEMAKAN STATUS STR
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 26 Jun 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
MAKLUMAT LANJUT BANTUAN KEWANGAN RM400
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.
Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/