Bantuan Pelajar IPT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Bantuan Pelajar IPT 2024 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
Tahukah anda bahawa terdapat bantuan khas untuk pelajar yang menerima tawaran memasuki Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tahun 2024? Bantuan ini diperkenalkan untuk membantu membiayai perbelanjaan sepanjang pendaftaran dan pengajian di IPTA seluruh negara. Permohonan untuk Bantuan Pelajar IPT ini masih dibuka sepanjang bulan September 2024.
Join Channel Whatsapp iKerajaan
Pengenalan Bantuan Pelajar IPT
Berita baik untuk pelajar yang menerima tawaran ke Universiti: pihak Koperasi Tentera telah mengumumkan program bantuan ini untuk membantu anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dan memastikan bahawa semua yang berkelayakan mendapat bantuan yang sewajarnya.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong APM : Gaji Bermula RM1,500 – RM1,999
- Bantuan MyKasih RM450 September 2024 : Semak Sekarang
Sumbangan Bantuan Pelajar IPT (SBPT)
Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi (SBPT) adalah bantuan yang diberikan kepada anak-anak anggota untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS pada peringkat asasi, matrikulasi, diploma, atau ijazah (Pengajian Sepenuh Masa).
Bantuan ini berfokus pada meringankan beban perbelanjaan pendaftaran kemasukan ke universiti dan sebagai galakan dalam meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi.
Universiti yang dimaksudkan merangkumi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), serta kursus-kursus yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) sahaja, seperti yang tersenarai di pautan https://www2.mqa.gov.my/mqr/. Senarai ini adalah di bawah Kementerian Pengajian Tinggi dan mungkin tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Syarat Kelayakan Bantuan Pelajar IPT
Pastikan anda memenuhi syarat-syarat berikut sebelum membuat permohonan untuk mengelakkan permohonan anda ditolak:
- Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
- Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun atau lebih.
- Status keanggotaan KT adalah AKTIF semasa tempoh permohonan.
- Untuk permohonan suami dan isteri yang merupakan anggota KT, hanya SATU permohonan sahaja yang akan diterima.
- Mempunyai MINIMUM Kepujian/Kompeten bagi 3 matapelajaran termasuk Bahasa Melayu.
- Anak anggota yang menduduki peperiksaan SPM atau yang setaraf (Sijil Vokasional) tahun 2022 atau 2023 layak memohon jika belum pernah membuat permohonan SBPT 2023.
- Hanya layak untuk sekali permohonan SBPT bagi kemasukan ke IPTA/IPTS.
Cara Permohonan Bantuan Pelajar IPT
Untuk memohon, calon boleh mendapatkan borang di kaunter Ibu Pejabat dan Cawangan KT yang berhampiran, atau memuat turun borang melalui laman web KT di pautan ini.
Dokumen Sokongan (Perlu Disahkan)
Untuk PEMOHON (ANGGOTA KT):
- Salinan MyTentera (Anggota ATM)
- Salinan MyKad (Awam/Pesara)
Untuk ANAK (PELAJAR SEKOLAH MENENGAH):
- Salinan MyKad pelajar
- Salinan slip keputusan peperiksaan SPM 2022 atau 2023 / Sijil Vokasional 2022 atau 2023
- Surat tawaran kemasukan ke Pusat Pengajian Tinggi (IPTA/IPTS)
- Resit bayaran/transaksi online (Yuran pendaftaran)
- Surat pengesahan akaun dari bank/penyata bank online
- Dokumen tambahan seperti PERBAH II, surat perakuan, atau dokumen lain yang berkaitan untuk mengesahkan status anak angkat atau anak tiri.
Nota: Pastikan anda menanda (x) pada petak yang disediakan dalam borang untuk memastikan dokumen sokongan telah lengkap. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Penghantaran Dokumen
Permohonan yang lengkap boleh dihantar sama ada melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke Ibu Pejabat KT di alamat berikut:
Alamat: Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera No.1,
Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Seksyen Kebajikan)
Tarikh Tutup Permohonan
Tawaran Sumbangan Bantuan Pengajian Tinggi 2024 (SBPT 2024) dibuka seperti berikut:
- Tarikh buka: 13 Ogos 2024 (Selasa)
- Tarikh tutup: 17 September 2024 (Selasa)
Peringatan Penting!
- Pastikan borang yang diisi adalah borang terkini (SBPT 2024).
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui SMS atau surat.
- Sekiranya bayaran dibuat melalui cek, pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan untuk sebarang kegunaan menurut polisi KT yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
- Borang yang difotostat atau emel boleh diterima.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2303 0000 atau kunjungi cawangan KT berhampiran.