Bantuan RM700 Tanpa Permohonan Akan Diteruskan Oleh Pihak Kerajaan

Bantuan RM700 Tanpa Permohonan – Skim MySalam, yang memberikan perlindungan kewangan kepada pesakit yang menghidap penyakit kritikal, akan disambung oleh Kerajaan selama dua tahun lagi bermula tahun 2024.

Ini adalah salah satu inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

MySalam memberikan manfaat berupa RM8,000 yang dibayar sekali sahaja kepada peserta yang menghidap salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal. Ini adalah salah satu manfaat MySalam yang dapat membantu peserta mengurangkan beban kewangan akibat penyakit tersebut.

Untuk makluman, sebahagian penerima manfaat telahpun mendapat mesej pesanan ringkas (SMS) tentang kelayakan MySalam bagi tahun 2023 seperti di bawah:

Bantuan RM700 Tanpa Permohonan

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang MySalam dan cara untuk membuat permohonan tuntutan RM50 sehari bagi pesakit yang layak.

Apakah Itu MySalam?

Skim takaful MySalam adalah satu inisiatif perlindungan kesihatan percuma yang menawarkan perlindungan takaful kepada individu yang memenuhi syarat untuk mendapat manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.

Pada Januari 2019, apabila skim ini dilancarkan, kriteria kelayakan adalah untuk isi rumah B40 yang menerima BSHR. B40 merujuk kepada kumpulan pendapatan bulanan 40% terendah di negara ini.

Dalam Belanjawan 2024, Skim Perubatan MADANI akan diperluas ke seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta yang akan memanfaatkan 700,000 rakyat, dan meneruskan skim MySalam bagi tempoh dua tahun lagi.

Tujuan MySalam (Bantuan RM700 Tanpa Permohonan)

Kerajaan ingin menyediakan sebuah skim pelindungan kesihatan sosial untuk membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan mengatasi masalah kewangan apabila menghidapi penyakit-penyakit kritikal.

Perlindungan takaful adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan untuk membantu dan memudahkan kumpulan berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan yang normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan akibat dari penyakit yang dihidapi.

Bantuan RM700 Tanpa Permohonan

Baca Juga:

Kelayakan & Manfaat MySalam 2023 / 2024 – Bantuan RM700 Tanpa Permohonan

Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia, Bantuan Sara Hidup, Bantuan Prihatin Rakyat dan Bantuan Keluarga Malaysia.

Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam, melalui kiriman SMS ke nombor telefon

seperti yang dikemaskini untuk program-program yang dinyatakan di atas.

Penerima Bantuan Sara Hidup

  • Berumur antara 18 hingga 65 tahun;
  • Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Kategori BSH

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal.
  • Pendapatan elaun gentian hospitalisasi harian sebanyak RM50 sehingga 14 hari atau maksimum RM700 setahun di mana-mana hospital Kerajaan, hospital tentera, dan hospital universiti.
  • Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.
  • Jika anda layak untuk skim mySalam tetapi tidak menerima SMS tersebut, anda boleh e-mel kami di info@mysalam.com.my atau hubungi talian mySalam di 1 300 888 938 yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu untuk mendapatkan bantuan lanjut.

Cara Semakan Kelayakan / Pendaftaran

Sila rujuk langkah di bawah untuk semakan status anda.

Maklumat lanjut seperti kelayakan Skim, butiran manfaat, manfaat kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my

dengan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS.

Bantuan RM700 Tanpa Permohonan

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan bantuan ini, sila rujuk di SINI