Bayaran Bantuan Tambahan Khas RM1,000 Mula Dikreditkan Hari Ini

Bayaran Bantuan Tambahan Khas

Bayaran Bantuan Tambahan Khas RM1,000 – Tahukah anda? Anda boleh menuntut bantuan tambahan RM1,000 terutamanya bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Bantuan tambahan ini juga dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK) yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) dan juga Bank Simpanan Nasional(BSN).

Penerima STR atau pasangan penerima yang telah meninggal dunia berhak mendapat bantuan ini. Bantuan ini bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan keluarga yang terlibat. Sekiranya anda tidak mengetahui tentang bantuan ini, sila hubungi pihak berkuasa yang berkaitan.

Bayaran Bantuan Tambahan Khas

Bayaran Bantuan Tambahan Khas RM1000 Penerima STR

Bantuan tambahan RM1000 buat penerima STR adalah Skim yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Skim Khairat Kematian.

Ia merupakan program yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang mengalami kematian dalam kalangan ahli keluarga penerima STR Fasa 4. Skim ini boleh dimohon bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menanggung kos pengkebumian dan pengurusan jenazah.

Siapakah Yang Layak Menerima RM1000 Tambahan Ini?

Waris penerima STR boleh mendapat RM1000 tambahan daripada kerajaan. Ini adalah menurut kenyataan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) yang menyatakan bahawa waris berhak menuntut RM1000 jika penerima STR telah meninggal dunia antara 1 Januari hingga 31 Disember 2023.

Bayaran Bantuan Tambahan Khas

Baca Juga:

Kategori Yang Layak Menuntut Bantuan Tambahan Khas RM1000

Bayaran Bantuan Tambahan Khas

Nota

Sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk menuntut wang Skim Khairat Kematian(SKK) atau RM1000 tambahan ini, maka waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk mengemukakan tuntutan.

Kategori Waris Yang Layak Didaftarkan

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
  • Adik-beradik
  • Cucu

Tiada had umur kelayakan untuk waris. Walaubagaimanapun, bagi waris berusia 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu dibawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Menuntut Bayaran Bantuan Tambahan Khas RM1000

Kepada ahli waris penerima STR, anda perlu menyediakan dokumen yang berikut untuk membuat tuntutan RM1000 :

  • Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
  • Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
  • Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.

Semakan Status STR

Semakan Status boleh dibuat di portal rasmi STR https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Semakan status STR fasa 4 boleh layari laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian hotline BKK LHDNM di 1-800-88-2747