Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak Secara Online

Buka Akaun Tabung Haji

CARA BUKA AKAUN TABUNG HAJI ONLINE

Korang nak buka akaun TH untuk diri sendiri ataupun untuk anak-anak?

Anda kini boleh buat secara online saja melalui Virtual Account Opening (VAO).

Tujuan utama membuka akaun TH adalah untuk mencapai impian ke Tanah Suci.

Di samping menyimpan untuk tujuan haji, pendeposit bakal menikmati agihan keuntungan setiap tahun yang telah ditunaikan kewajipan zakat, simpanan yang dijamin oleh kerajaan sepenuhnya dan patuh Syariah.

Pendeposit yang sedang menunggu giliran untuk menunaikan haji boleh menikmati manfaat tambahan. Mereka berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik melalui pelbagai kempen yang dijalankan. Selain itu, anak-anak yang mempunyai akaun juga berpeluang mendapat faedah daripada menjadi ahli Kelab TaHa.

Meskipun belum berpeluang sampai ke Tanah Suci, pelbagai manfaat dinikmati sebagai pendeposit TH.

Baca Juga:

Kelebihan Buka Akaun Tabung Haji (TH)

  • Mematuhi shariah Islam
  • Menyantuni para dhuyufurrahman (jemaah haji)
  • Dijamin oleh Kerajaan
  • Dikecualikan daripada cukai
  • Ditunaikan kewajipan zakat
  • Tiada had simpanan

Tunggu apa lagi, buka akaun TH hari ini juga.

Sekarang ni mudah, boleh buka akaun Tabung Haji secara online je!

Jom kami kongsikan cara buka akaun TH online dan syarat-syaratnya.

Pendaftaran Akaun Tabung Haji Online (Virtual Account Opening / VAO) Untuk Bayi, Kanak-kanak dan Dewasa

Pembukaan akaun TH adalah mudah dan boleh dilakukan di semua Kaunter TH & Kaunter Mudah Alih TH, Rakan Strategik TH (Bank Islam & Bank Rakyat) dan TH Komuniti.

Buka Akaun Tabung Haji

Syarat-syarat :

  • Beragama Islam dan waras.
  • Warganegara Malaysia.

Dua kategori akaun:

  • Akaun Dewasa
  • Akaun Kanak-kanak

I) AKAUN DEWASA

  • Berumur 18 tahun dan ke atas mengikut tarikh lahir.
  • Membawa bersama dokumen pengenalan diri (MyKAD) semasa pendaftaran.

II) AKAUN KANAK-KANAK

  • Di bawah umur 18 tahun mengikut tarikh lahir.
  • Penjaga yang sah adalah tertakluk kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952.
  • Penjaga mestilah mempunyai akaun TH dan merupakan warganegara Malaysia.
  • Hanya satu penjaga sahaja yang dibenarkan bagi satu akaun.
  • Penjaga perlu membawa bersama sijil kelahiran dan dokumen pengenalan diri anak di bawah jagaan (MyKAD atau MyKID).
  • Salinan sijil kelahiran anak atau MYKid dan salinan dokumen pengenalan diri penjaga perlu disertakan semasa pembukaan Akaun Kanak-kanak.

NOTA :

  • Penjaga dinasihatkan untuk menukar status Akaun Kanak-kanak kepada Akaun Dewasa apabila anak di bawah jagaan telah berumur 18 tahun ke atas. Pemohonan pertukaran status akaun ini boleh dibuat di mana-mana pejabat cawangan TH oleh penjaga akaun kanak-kanak tersebut dan pendeposit tersebut hendaklah hadir bersama dengan penjaga ketika urusan pertukaran akaun.
  • Penjaga hanya boleh mentadbir akaun kanak-kanak berumur dibawah 18 tahun sahaja.
  • Penjaga hendaklah menukar akaun kanak-kanak kepada akaun dewasa apabila kanak-kanak tersebut mencapai 18 tahun.

Cara Buka Akaun Tabung Haji Online

Pembukaan Akaun Secara Maya atau Virtual Account Opening (VAO) boleh dilakukan melalui pautan dan aplikasi THiJARI.

Pendeposit hanya perlu melengkapkan butiran secara dalam talian dan kemudian hadir ke mana-mana cawangan TH (dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan) bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.

Buka Akaun Tabung Haji

Sila rujuk langkah di bawah:

  1. Layari laman web https://www.thijari.com.my/
  2. Tekan pada ‘Tiada Akaun TH? Buka Sekarang!’
  3. Isikan maklumat dalam borang online yang disediakan.
  4. Hadir ke mana-mana cawangan TH dengan membawa MyKad dan amaun deposit permulaan bagi membuat pengesahan biometrik dan dokumen pengenalan.
  5. Keutamaan layanan akan diberikan di kaunter, dan anda akan dilayan dalam masa 1 minit sahaja.

Mudah kan?

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan akaun tabung haji online boleh rujuk di https://www.tabunghaji.gov.my/ atau hubungi terus +603-62071919(THCC)