Jadual Bayaran STR 2025 Mengikut Bank Penerima

Jadual Bayaran STR 2025

Jadual Bayaran STR 2025 Mengikut Bank Penerima

Kerajaan akan menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 mulai esok, 22 Januari 2025 secara berperingkat.

Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan membelanjakan sebanyak RM2.3 bilion kepada 8.3 juta penerima yang layak.

Bagi penerima Sumbangan Tunai Rahmah, anda perlulah tahu jadual STR bagi memudahkan anda melakukan perancangan perbelanjaan anda menggunakan wang bantuan yang dimasukkan ke dalam akaun anda. Pemberian bantuan kewangan ini selari dengan hasrat kerajaan untuk mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Jadual Bayaran STR 2025

Baca Juga:

TERKINI – STR Fasa 1

Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2025 bagi Fasa 1 adalah pada 22 JANUARI 2025.

Berikut dikongsikan SIARAN MEDIA MOF BERKENAAN PEMBAYARAN FASA 1 UNTUK PENERIMA STR 2025 YANG DISALURKAN MULAI 22 JANUARI 2025.

Jadual Bayaran STR 2025

Kaedah Bayaran STR

Wang bantuan STR akan diberikan kepada penerima yang layak melalui salah satu kaedah berikut mengikut tarikh jadual bayaran STR yang telah diumumkan secara rasmi:

  • Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan
  • Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pastikan anda telah membuat semakan status kelayakan melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my) sebelum datang ke kaunter untuk tujuan penunaian.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1

TERKINI : Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tahun 2025 akan dibayar mulai 22 Januari 2025 (Rabu) secara berperingkat, seperti berikut:

Jenis Penerima

  • Mempunyai akaun bank – (Tarikh Pembayaran : 22-28 Januari 2025) – (Kaedah Pembayaran : Dikreditkan terus ke dalam akaun bank)
  • Tiada akaun bank (termasuk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) – (Tarikh Pembayaran : Mulai 22 Januari 2025) – (Kaedah Pembayaran : Pembayaran secara tunai melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Jadual Bayaran STR 2025

Jumlah Bayaran & Jadual Bayaran STR 2025 Fasa 1

Berikut dikongsikan jadual STR 2025 untuk pembayaran mengikut setiap kategori:

Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah

  • 5 orang anak dan lebih RM2,500
  • 3 hingga 4 orang anak RM2,000
  • 1 hingga 2 orang anak RM1,500
  • Tiada anak RM1,000

Isi Rumah Pendapatan RM2501 – RM5000

  • 5 orang anak dan lebih RM1,250
  • 3 hingga 4 orang anak RM1,000
  • 1 hingga 2 orang anak RM750
  • Tiada anak RM500

Warga Emas Tiada Pasangan Berpendapatan RM5000 dan Kebawah

  • RM600

Bujang Berpendapatan RM2500 dan Kebawah

  • RM600

Cara Semakan STR Fasa 1

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
  5. Nama pemohon
  6. No Mykad pemohon
  7. Status permohonan
  8. Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  9. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  10. Masukkan kata laluan

Jadual Bayaran STR 2025

Jadual Bayaran STR 2025

Semakan STR Fasa 1 boleh dilakukan atas talian di portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Tarikh Jadual STR Bayaran Fasa 1, 2, 3 dan 4

Tarikh jadual STR 2025 bayaran bagi Fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2025 adalah :

  • Fasa 1 : 22 Januari 2025
  • Fasa 2 : April 2025
  • Fasa 3 : Ogos 2025
  • Fasa 4 : November 2025

Maklumat lanjut

Anda boleh menyemak status permohonan, mendapatkan maklumat terkini, membuat pertanyaan atau aduan berkaitan STR melalui saluran berikut:

  • Portal Rasmi STR, https://bantuantunai.hasil.gov.my; atau
  • Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Hotline MOF: 03-8882 4565 / 4566 (Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  • Hubungi Talian Pejabat LHDNM (Rujuk Portal Rasmi STR); atau
  • Hadir sendiri ke Pejabat LHDNM / PS / UTC.

SOALAN LAZIM : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PERMOHONAN_STR_2025.pdf