MyLesen 2024 : Permohonan Bantuan Lesen Memandu Percuma
MyLesen 2024 – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan melaksanakan Program MyLesen B2 Tahun 2024. Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia Kelas B2.
Program ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2024, dipohon tuan/puan untuk mengisi borang penyertaan ini.
Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah sehingga kuota penyertaan dipenuhi.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.
Pengenalan
Program MyLesen B2 Tahun 2024 adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 35,000 orang penerima (atau tanggungan) bantuan golongan B40 bagi mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2.
Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 30 Mei 2023. Turut hadir dan melancarkan program ini adalah YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia.
Lebih menarik, segala kos akan ditanggung oleh Kerajaan.
Program ini merupakan usaha Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong UiTM Dibuka Seluruh Malaysia Tahun 2023
- Bantuan MySTR 2024 Fasa 1 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan
Impak Program MyLesen B2 2024
- Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
Syarat Permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2024
- Warganegara Malaysia
- Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
- Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
- Sihat Fizikal Dan Mental
- Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
- Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
Tempoh Masa Dan Prosedur
Peserta perlu menjalani kesemua modul kursus, latihan dan ujian memandu mengikut tempoh masa dan prosedur yang telah ditetapkan oleh JPJ sebelum LMM Kelas B2 dikeluarkan seperti berikut:
- Kursus Teori (KPP01) – 6 Jam
- Ujian Bertulis (KPP01) – 1 Jam
- Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) – 9.5 Jam
- Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) – 6 Jam
- Pra Ujian (QTI) – 30 Minit
- Ujian JPJ
Terma dan Syarat Penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2024 (Peserta)
- Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
- Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
- Sihat fizikal dan mental.
- Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
- Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
- Program akan berlangsung bermula Febuari 2024 sehingga Oktober 2024.
Cara Membuat Permohonan Bantuan Lesen Memandu 2024
Peserta yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas dan ingin membuat pendaftaran Bantuan Lesen Memandu, boleh scan QR code yang dinyatakan pada poster di atas atau klik melalui pautan yang disediakan – klik DI SINI
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke alamat e-mel [email protected] atau merujuk kepada Soalan Lazim FAQ – MyLesen B2 berkaitan program ini – klik DI SINI