MySTR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Dikreditkan

MySTR

MySTR Fasa 2 : Menteri Kewangan Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 2) diagihkan kepada penerima mulai April 2024.

Untuk makluman, setakat tahun ini seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024.

Angka ini mungkin capai 9 juta tahun ini kerana permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, tidak seperti dulu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 2 untuk makluman semua.

MySTR

Baca Juga:

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Untuk makluman, terdapat beberapa skim bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri sebelum ini untuk membantu rakyat Malaysia. Antara skim bantuan tersebut ialah Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) .

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 2

Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai bulan April 2024 (Tarikh sebenar akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu pada awal bulan April – dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Terkini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

MySTR

Jumlah Bayaran MySTR Fasa 2

Kadar bayaran STR adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

Kaedah Bayaran Bantuan MySTR Fasa 2

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Cara Semakan

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik lok masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

MySTR

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Ikuti Group Whatsapp Info Bantuan Kerajaan :