Pengeluaran Kecemasan KWSP Bersasar Untuk Rakyat Malaysia!
Pengeluaran Kecemasan KWSP. Gerakan menuntut pengeluaran kecemasan KWSP telah digerakkan oleh Tuan Azmie Bugis bersama rakyat yang memerlukan. Tujuan tuntutan ini adalah untuk membantu rakyat yang sangat memerlukan ketika ini.
Tetapi tahukah ada banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Pengeluaran Kecemasan KWSP Bersasar Akaun 2 Untuk Tujuan Peribadi
Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk peribadi 2023
1) Pembayaran Ibadah Haji
Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
2) Pembayaran Rawatan Perubatan
Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.
Baca Juga:
- Bantuan Tambahan RM700 Mula Dikreditkan Hari Ini
- RASMI : TLDM Buka Pengambilan Besar-Besaran Tahun 2023
3) Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.
Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.
4) Pengeluaran Kecemasan KWSP Untuk Pendidikan
Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.
KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.
Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.