Permohonan Baru E-Wallet RM300 Tahun 2024 Kini Dibuka
Permohonan Baru E-Wallet RM300 Tahun 2024 Kini Dibuka
Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik, meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.
Bantuan e-Wallet 2024 (BINGKAS) bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.
Menginsafi keperluan untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan bagi keluarga-keluarga di Selangor, bantuan e-Wallet 2024 BINGKAS akan menyalurkan RM300 setiap bulan kepada 30,000 keluarga penduduk Selangor dan bertujuan menyemarakkan kecekalan keluarga supaya kurang terdedah kepada cabaran ekonomi.
Manfaat Bantuan e-Wallet 2024 BINGKAS Selangor
- eWallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasar raya berdaftar
- Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
- eWallet akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300
- Hanya barang keperluan asas yang tersenarai di bawah diluluskan untuk pembelian menerusi program BINGKAS 2024:
- Beras
- Mi dan Bihun
- Roti
- Biskut
- Telur
- Gula dan Garam
- Rempah ratus, Sos, Kicap dan sebagainya
- Tepung
- Minyak masak
- Ubat-ubatan
- Sayuran dan buah-buahan
- Daging ayam, lembu dan, kambing dan ikan
- Sabung, kelengkapan mandian dan bahan pencuci
- Lampin pakai buang
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya
- Perihal pendidikan – buku sekolah / akademik
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Tenaga Nasional Berhad (TNB) : Gaji RM1,500 – RM16,000 Ditawarkan
- MySTR Fasa 3 : Jadual Penuh Bayaran Mengikut Bank Penerima
Syarat Kelayakan Permohonan Baru E-Wallet 2024
Syarat kelayakan mulai 1 Julai 2024 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
- Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah
- Pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.00 sebulan.
BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.
Urusniaga pembelian Program BINGKAS ini sepenuhnya menggunakan kaedah pembelian secara tanpa tunai (cashless / E-Wallet).
Cara Permohonan Baru E-Wallet 2024
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan e-Wallet Bingkas ini boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS
Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
- Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
- Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Cara Pengaktifan Akaun BINGKAS Di Selangkah E-Wallet
Mulai 1 Julai 2024, Selangkah Wallet akan menjadi medium transaksi bagi program Bingkas.
Untuk terus menerima manfaat, penerima BINGKAS diminta untuk mengaktifkan Selangkah Wallet.
Sila rujuk laman web berikut untuk panduan pengaktifan :
- Aplikasi Google Store : https://play.google.com/store/apps/details?id=sel.main.selangkah&hl=ms
- Aplikasi Apple Store : https://apps.apple.com/my/app/selangkah/id1552552227
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/