Permohonan eWallet RM100 : Bantuan Kredit e-Tunai B40
Permohonan eWallet RM100 : Bantuan Kredit e-Tunai B40 . Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.
Pihak kerajaan akan menunaikan janji bagi bantuan e-wallet RM100 kepada penerima yang layak pada Disember ini, kata Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.
“Bantuan e-wallet RM100 ini akan diagihkan pada bulan Disember nanti. Jadi (rakyat) akan dapat (bantuan ini). Rakyat diminta bersabar kerana kerajaan akan tunaikan janji,” katanya kepada Bernama, 19 Oktober 2023.
Syarat Pemberian Kredit eWallet RM100 Madani
Melalui kenyataan sebelum ini, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100.
Bantuan tersebut akan diagihkan kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini.
Bantuan ini akan diberi keutamaan kepada golongan yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
Permohonan eWallet RM100
Perdana Menteri berkata, inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion itu akan memanfaatkan lebih 10 juta rakyat berusia 21 tahun ke atas, merangkumi golongan B40 dan M40.
Katanya, inisiatif e-tunai kepada golongan dewasa itu diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
“Melihat akan kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
Baca Juga:
- Bantuan STR Tambahan (SARA) RM600 Dikreditkan Mulai Hari Ini
- Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 & 2 Dibenarkan Oktober Ini
“Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.
Tarikh Penebusan
Kredit etunai RM100 kepada rakyat dewasa berpendapatan bawah RM100,000 setahun akan dilakukan pada Disember 2023. – Steven Sim
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut bantuan ini akan diumumkan melalui;
Soalan Lazim (FAQ)
Berikut adalah beberapa soalan lazim mengenai pengumuman bantuan e-tunai RM100 yang diumumkan oleh Perdana Menteri;
Apakah inisiatif terbaharu bantuan ewallet yang diumumkan Kerajaan?
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menawarkan bantuan kredit e-Tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa di negara ini yang berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah.
Apakah syarat kelayakan?
a) Warganegara Malaysia; dan
b) Berumur 21 tahun ke atas
c) Berpendapatan RM100,000 ke bawah
Bilakah tarikh bayaran Bantuan eTunai RM100?
- Disember 2023