Permohonan STR Dibuka – Panduan Lengkap & Semakan Kelayakan

permohonan str

Permohonan STR bagi rakyat Malaysia yang tergolong dalam golongan B40 dan M40, Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 adalah salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup. Ramai yang masih keliru bagaimana cara untuk memohon STR, apakah syarat kelayakan yang ditetapkan, serta dokumen apa yang perlu disediakan. Artikel ini akan membimbing anda langkah demi langkah supaya permohonan anda berjaya dan tidak ditolak.

APA ITU PERMOHONAN STR 2025?

STR ialah bantuan tunai tahunan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana. Ia adalah kesinambungan daripada BSH, BPN, BPR, dan BKM. Setiap tahun, jumlah penerima STR mencecah lebih 8 juta rakyat Malaysia, termasuk isi rumah, warga emas dan bujang.

permohonan str

Baca Juga:

SIAPA YANG LAYAK MEMBUAT PERMOHONAN STR 2025?

  • Pemohon baharu tanpa rekod STR 2024 – Jika anda tidak pernah memohon sebelum ini.
  • Isi rumah – Pendapatan bulanan RM5,000 ke bawah.
  • Bujang – Pendapatan RM2,500 ke bawah, umur 21 tahun ke atas pada 2025.
  • Warga emas tiada pasangan – Berumur 60 tahun ke atas, pendapatan ≤ RM5,000.
  • OKU berdaftar – Layak mohon kategori bujang bermula umur 19 tahun.

permohonan str

DOKUMEN PENTING UNTUK PERMOHONAN STR

  • Pemohon : Sijil Perkahwinan / Perceraian / Kematian pasangan, Kad OKU (jika berkenaan)
  • Pasangan : Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
  • Anak : Sijil Lahir, MyKad/MyKid, Sijil Anak Angkat (jika berkaitan)

Borang BK-04 perlu dihantar bersama dokumen lengkap ke LHDNM atau dimuat naik online.

LANGKAH-LANGKAH MUDAH PERMOHONAN STR 2025

  1. Layari Portal STR – Portal Rasmi STR → klik “Permohonan Baharu”.
  2. Isi Maklumat Peribadi – Nama, alamat, pendapatan, tanggungan, akaun bank.
  3. Muat Naik Dokumen – Lampirkan dokumen sokongan yang jelas.
  4. Semak Maklumat – Betulkan sebarang kesilapan sebelum hantar.
  5. Simpan Slip Permohonan – Sebagai bukti pendaftaran.

JUMLAH TARIKH & BAYARAN STR 2025 FASA 3 MENGIKUT KATEGORI

Bantuan STR Fasa 3 diberikan berdasarkan struktur isi rumah dan tahap pendapatan. Berikut adalah anggaran jumlah bayaran mengikut kategori:

  • Isi Rumah (1 – 4 anak) : RM2,500 ke bawah : RM300 – RM650
  • Isi Rumah (1 – 4 anak) : RM2,501 – RM5,000 : RM150 – RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan : RM150
  • Bujang (21 tahun ke atas) : RM2,500 ke bawah : RM50

Nota Penting: Jumlah sebenar boleh berbeza berdasarkan bilangan anak, status perkahwinan, dan maklumat yang dikemaskini dalam sistem LHDN.

TIPS ELAK PERMOHONAN GAGAL

  • Sediakan dokumen awal sebelum isi borang.
  • Gunakan nombor telefon aktif untuk terima SMS pengesahan.
  • Daftar akaun bank persendirian supaya pembayaran lancar.
  • Kemaskini maklumat setiap tahun jika ada perubahan status.
  • Pastikan alamat terkini untuk rujukan LHDNM.

SOALAN LAZIM (FAQ)

1) Saya tiada MyKad, bolehkah saya mohon?

  • Tidak. MyKad sah diperlukan. Daftar di JPN terlebih dahulu.

2) Saya berumur 20 tahun pada 2024, boleh mohon?

  • Ya, kerana umur 21 pada 2025. Layak kategori bujang.

3) Saya OKU berumur 18 tahun, layak?

  • Ya, jika berdaftar JKM, boleh mohon kategori bujang.

RUMUSAN

Permohonan Baharu STR 2025 adalah peluang untuk golongan layak menerima bantuan kewangan tunai daripada kerajaan. Dengan memahami syarat, menyediakan dokumen lengkap, dan mengikuti langkah permohonan dengan teliti, anda boleh pastikan proses berjalan lancar. Semak jadual bayaran mengikut kategori agar tahu jumlah yang bakal diterima sepanjang tahun.