STR Bujang RM350 : Tarikh Bayaran & Semakan Status
STR Bujang RM350 – Berita baik untuk golongan bujang yang berusia 21 tahun ke atas, anda kini boleh membuat permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bujang bagi tahun 2024!
Maka dengan itu, dengan adanya bantuan STR dari kerajaan perpaduan kali ini dapat meringankan beban golongan bujang bagi menampung keperluan hidup.
Rujuk maklumat di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai permohonan STR Bujang 2024 dan tarikh pembayaran ke akaun penerima.
STR Bujang RM350 Tahun 2024
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.
Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Baca Juga:
Syarat Kelayakan STR Bujang RM350
Pemohon bujang layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i) Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Jumlah Bantuan STR Bujang 2024 Fasa 1
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima STR untuk fasa 1 adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan. Amaun kelayakan mengikut fasa permohonan STR adalah seperti berikut:
1. Bujang (Pendapatan <RM2,500)
- 21-59 Tahun : RM100
- OKU 19-59 Tahun : RM100
- Warga Emas Bujang : RM150
Tarikh Bayaran STR Bujang RM350
- Pembayaran STR 2024 Fasa 1 akan dibayar secara berperingkat pada Februari 2024
- Namun begitu, tarikh bayaran akan mengikut tarikh penghantaran borang permohonan (dalam talinan dan borang kertas)
- Sama seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
- Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
Cara Semakan Status
Sеmаkаn ѕtаtuѕ bоlеh dіbuаt mеlаluі раutаn bеrіkut: httрѕ://bаntuаntunаі.hаѕіl.gоv.mу/
Sіlа rujuk раnduаn mеlаluі іnfоgrаfіk dі bаwаh:
- Klіk lоk mаѕuk MуSTR
- Mаѕukkаn nоmbоr Mуkаd реmоhоn
- Pеngеѕаhаn kаtа kunсі kеѕеlаmаtаn
- Mаklumаt уаng аkаn dірараrkаn :
- Nаmа реmоhоn
- No Mуkаd реmоhоn
- Stаtuѕ реrmоhоnаn
- Mаklumаt реmbауаrаn Fаѕа 1 (jіkа lауаk)
- Klіk mеnu Sеmаkаn Pеmbауаrаn Fаѕа 1
- Mаѕukkаn kаtа lаluаn
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 atau terus semak lampiran Soalan Lazim melalui laman berikut – klik DI SINI