Tarikh Bayaran Pencen 2025 : Akan Dikreditkan Bulan Mei

Tarikh Bayaran Pencen 2025

TARIKH BAYARAN PENCEN 2025 : AKAN DIKREDITKAN BULAN MEI

Bagi pesara kerajaan, adalah penting untuk anda mengetahui tarikh dan jadual bayaran pencen bagi tahun 2025 bagi memudahkan perancangan kewangan bulanan.

Tarikh pencen bulanan bagi tahun 2025 telah diumumkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui Surat Pekeliling JPA.800-1/6/3(36).

PENGENALAN – BAYARAN PENCEN PESARA 2025

Secara ringkasnya, antara faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara kerajaan atau penerima pencen terbitan ialah :

  1. Ganjaran Perkhidmatan (one-off).
  2. Pencen Perkhidmatan (bulanan)
  3. Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (one-off).
  4. Kad Pesara โ€“ boleh digunakan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan, diskaun tambang kereta api, dll

Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.

PENYELARASAN PENCEN SSPA FASA 1 & 2

Selaras dengan pelaksanaan SSPA, pesara dan penerima pencen terbitan akan menerima penyelarasan pencen sama kenaikan peratusannya seperti penjawat awam yang sedang berkhidmat melalui 2 (dua) Fasa.

Justeru, bagi mendapatkan โ€˜gaji akhir bersamaan terbaharuโ€™, penyelarasan dibuat dengan menambah peratus kenaikan berkenaan ke atas gaji akhir atau *gaji akhir bersamaan pesara. (*gaji akhir bersamaan adalah gaji akhir terkini yang telah dibuat penyelarasan pada tahun 2012 khususnya bagi pesara yang telah bersara sebelum tahun 2012)

Jom sama-sama kita baca dan fahami butiran terperinci berkaitan Pelaksanaan Penyelarasan Pencen Susulan Pelarasan Gaji Pegawai Awam Tahun 2024:

  • Adakah penerima pencen turut menerima penyelarasan pencen melalui SSPA?
  • Bagaimanakah kaedah pengiraan penyelarasan pencen SSPA Fasa 1 dilaksanakan?
  • Pengiraan pencen berdasarkan formula yang dipaparkan tidak terpakai bagi persaraan pegawai yang tempoh perkhidmatannya kurang 10 tahun melibatkan persaraan penswastaan, kematian dalam perkhidmatan dan persaraan atas sebab kesihatan yang berkuat kuasa pada sebelum 1.1.2018.

Sila rujuk infografik di bawah:

Tarikh Bayaran Pencen 2025

Tarikh Bayaran Pencen 2025

Baca Juga:

Apa maksud Gaji Akhir @ Gaji Akhir Bersamaan? Bagaimana perkiraan Tempoh Perkhidmatan dan PKKP yang digunakan bagi pengiraan penyelarasan pencen?

Rujuk infografik di bawah:

Kini segala maklumat berkaitan persaraan dan pencen boleh disemak menerusi aplikasi mudah alih MyPesara atau layari portal MyPesara https://portalmypesara.kwap.my/

Pelaksanaan PKKP ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam menghargai khidmat bakti pesara/ penerima pencen.

SIMULASI PENYELARASAN PENCEN BAGI PENERIMA PENCEN TERENDAH BAGI TEMPOH PERKHIDMATAN SEKURANG-KURANGNYA 25 TAHUN

Susulan penyelarasan pencen 2024 Fasa 1, pesara / penerima pencen yang sedang menerima pencen terendah, RM1,000 (memenuhi syarat sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan), penyelarasan pencen ke atas kumpulan penerima ini turut telah dilaksanakan.

Namun, apabila pengiraan penyelarasan pencen dilaksanakan, didapati ada pesara / penerima pencen menerima amaun pencen baharu masih di bawah amaun pencen terendah, RM1,000.

Justeru, pesara / penerima pencen terbitan berkenaan akan kekal pada amaun pencen terendah, RM1,000.

Sekiranya setelah penyelarasan dibuat, amaun pencen yang diterima telah melebih RM1,000 (tidak termasuk PKKP), maka pesara / penerima pencen akan menerima pencen yang berbeza dengan amaun sebelumnya. Amaun lebih tinggi.

Prinsip ini selaras dengan Seksyen 22 Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Seksyen 25 Akta Pencen Pihak-Pihak Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239)

Amaun RM1,000 tersebut akan ditambah dengan dengan amaun PKKP yang telah diterima sejak tahun 2019 hingga tahun 2023.

Bersama-sama ini dikemukakan Simulasi Penyelarasan Pencen Bagi Penerima Pencen Terendah Bagi Tempoh Perkhidmatan SEKURANG-KURANGNYA 25 Tahun.

JADUAL & TARIKH BAYARAN PENCEN 2025

Berikut merupakan jadual bayaran pencen bagi tahun 2025:

Tarikh Bayaran Pencen 2025

Tarikh-tarikh ini ditetapkan untuk memastikan pembayaran pencen dilaksanakan tepat pada masanya, membolehkan pesara merancang kewangan mereka dengan lebih berkesan.

Penetapan tarikh pembayaran pencen bagi tahun 2025 ini adalah sebagaimana Surat Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

  • Januari: 17.01.2025 (Jumaat)
  • Februari: 19.02.2025 (Rabu)
  • Mac: 21.03.2025 (Jumaat)
  • April: 18.04.2025 (Jumaat)
  • Mei: 21.05.2025 (Rabu)
  • Jun: 20.06.2025 (Jumaat)
  • Julai: 18.07.2025 (Jumaat)
  • Ogos: 20.08.2025 (Rabu)
  • September: 19.09.2025 (Jumaat)
  • Oktober: 15.10.2025 (Rabu)
  • November: 19.11.2025 (Rabu)
  • Disember: 17.12.2025 (Rabu)

Untuk maklumat rasmi, rujuk Surat Pekeliling JPA.800-1/6/3(36) yang telah dikeluarkan oleh JPA.

BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK) UNTUK PESARA PENCEN & VETERAN 2025

๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—˜๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

  • YAB Perdana Menteri melalui pembentangan Belanjawan Tahun 2025 telah mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Tahun 2025 sebanyak RM500 kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak;
  • Di samping itu, BKK ini dipanjangkan kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250;
  • BKK Tahun 2025 ini akan dibayar pada 25 Februari 2025, dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran tersebut;
  • Pemberian BKK ini akan dikecualikan cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3) Akta Cukai Pendapatan 1967; dan
  • Untuk semakan lanjut, layari https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-bantuan-khas-kewangan-bkk-tahun-2025

Tarikh Bayaran Pencen 2025

MAKLUMAT LANJUT TARIKH BAYARAN PENCEN 2025

Penyelarasan pencen akan dibuat selaras dengan pelaksanaan semakan gaji pegawai Perkhidmatan Awam.

Untuk memudahkan gambaran kenaikan pencen yang mungkin diterima, anda bolehlah guna kalkulator yang dimuatnaik di laman web JPA Pencen.

Sila rujuk saluran berikut untuk mendapatkan info terkini berkaitan pencen: