SARA RM200 Bulanan 2026 : Cek Kelayakan Sama Ada Lulus Atau Tidak

sara rm200 bulanan 2026

SARA RM200 BULANAN 2026 : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LULUS ATAU TIDAK

Bayaran Bantuan SARA RM200 Bulanan 2026 bermula pada bulan Januari kepada 8.1 juta penerima yang layak. Namun, bayaran sebanyak RM200 hanya khas diberikan kepada hampir 1 juta Ketua Isi Rumah yang memenuhi kelayakan sahaja.

Bagaimanakah cek kelayakan SARA RM200 bulanan 2026? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

KEGUNAAN SARA RM200 BULANAN 2026

Bantuan SARA Bulanan yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan perlu digunakan untuk membeli barangan keperluan asas. Antara barang yang boleh dibeli adalah termasuk :

  1. Beras
  2. Telur
  3. Minyak Masak
  4. Tepung
  5. Roti
  6. Biskut
  7. Mi Segera
  8. Minuman (susu, teh, kopi, susu bayi)
  9. Bahan Perasa (sos, kicap, gula, garam)
  10. Makanan Dalam Tin (sardin, tuna)
  11. Produk Penjagaan Diri (ubat gigi, tuala wanita, sabun, lampin bayi)
  12. Ubat-Ubatan (yang diluluskan oleh KKM)
  13. Keperluan Sekolah (pakaian seragam, kasut, beg sekolah, alat tulis)
  14. Barang Kebersihan Rumah (Sabun pencuci baju, pinggan mangkuk, lantai)

sara rm200 bulanan 2026

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN SARA 200 BULANAN

Setiap penerima yang layak, akan terima bayaran Bantuan SARA Bulanan sebanyak RM200 mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

  1. 09/01/2026 (Jumaat) – RM200
  2. 01/02/2026 (Ahad) – RM200
  3. 01/03/2026 (Ahad) – RM200
  4. 01/04/2026 (Rabu) – RM200
  5. 01/05/2026 (Jumaat) – RM200
  6. 01/06/2026 (Isnin) – RM200
  7. 01/07/2026 (Rabu) – RM200
  8. 01/08/2026 (Sabtu) – RM200
  9. 01/09/2026 (Selasa) – RM200
  10. 01/10/2026 (Khamis) – RM200
  11. 01/11/2026 (Ahad) – RM200
  12. 01/12/2026 (Selasa) – RM200

*NOTA : Jika Bantuan SARA tidak habis digunakan atau belum digunakan, baki akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya dan boleh digunakan bersama kredit semasa.

SYARAT LAYAK SARA 200 BULANAN

Bantuan SARA Bulanan sebanyak RM200 akan diberikan khas kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara : Malaysia
  • Had Umur : Tiada had umur
  • Status Perkahwinan : Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu (kematian pasangan) atau Duda / Janda (bercerai) ada anak
  • Kadar Pendapatan : Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa 2026
  • Rekod Data eKasih : Berdaftar & tersenarai dalam rekod data eKasih
  • Permohonan STR 2026 : Lulus ✅

CEK KELAYAKAN SARA 2026 200 BULANAN

Ikuti cara cek kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan sebanyak RM200 seperti panduan lengkap yang tertera di bawah :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA Bulanan, boleh dapatkan melalui pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.