Bantuan Lesen Memandu Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia
Bantuan lesen memandu percuma kelas B2 untuk rakyat Malaysia telah diumumkan oleh pihak kerajaan pada sidang belanjawan 2023 (Malaysia Madani). Untuk makluman, pembentangan belanjawan 2023 pada hari jumaat bersamaan 24 Februari. Dalam sidang tersebut pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa inisiatif untuk rakyat yang memerlukan akan dilaksanakan pada tahun ini.
PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU
Salah satu inisiatif yang telah diumumkan adalah program bantuan lesen memandu percuma untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan. Menerusi kenyataan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berkata bahawa pihak kerajaan akan menampung kos bayaran bagi lesen memandu kelas B2.
Perlaksanaan bantuan khas ini akan dijalankan pada tahun 2023. Tujuan utama program bantuan lesen ini adalah bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.
Baca Juga:
KATEGORI BANTUAN
Menerusi program bantuan lesen memandu ini, kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran bagi mereka yang ingin memperolehi lesen memandu B2. Kategori kelayakan bantuan lesen seperti berikut :
- Ujian memandu motorsikal B2
- E-hailing
- Teksi
- Bas
Perkara ini telah diumumkan Perdana Menteri melalui memenuhi keperluan ekonomi rakyat dalam sidang belanjawan BAJET 2023.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Tidak pernah mengambil lesen sebelum ini
- Mental dan fizikal sihat
- Tiada kecacatan ahli
- Nama anda tidak pernah disenaraihitamkan oleh PDRM Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ
CARA PERMOHONAN
Untuk makluman, secara rasmi perlaksanaan bantuan ini akan dilakukan pada tahun ini. Cara untuk memohon bantuan akan diumumkan dalam masa terdekat untuk rakyat Malaysia membuat permohonan.
Diharapkan kerajaan akan melaksanakan program khas lesen memandu ini secepat yang mungkin demi membantu rakyat yang memerlukan. Perkara ini agar mereka dapat menjana pendapatan dari perkhidmatan membawa penumpang pada tahun ini.
SEMAKAN BANTUAN LESEN MEMANDU
Sama ada anda layak atau tidak menerima semakan bantuan lesen keluarga malaysia 2022 boleh disemak melalui pautan ini di portal rasmi di e-Kasih.
Sekiranya nama anda sudah berjaya dalam sistem Portal Pembasmian Kemiskinan Ekasih, anda secara automatik diterima untuk memiliki bantuan ini sekiranya anda juga melepasi syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui skim program ini.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan Lesen Memandu Keluarga Malaysia, anda boleh melayari laman Facebook Rasmi MOT – DI SINI.