Pengeluaran KWSP Diperluaskan Kepada Pencarum Bawah 40 Tahun
Pengeluaran KWSP Diperluaskan – Berita baik buat semua pencarum KWSP kerana pengeluaran KWSP akan diperluaskan kepada para pencarum berumur 40 tahun ke bawah.
Cadangan ini telah diutarakan kerana ia dilihat sebagai salah satu inisiatif segera dalam membantu golongan rakyat yang terkesan.
Cadangan ini dikemukakan oleh Ahli Parlimen Arau berikutan akaun 3 yang akan diperkenalkan nanti tidak memudahkan pencarum.
Berikut adalah maklumat lanjut berkaitan perkara ini.
Pengeluaran KWSP Diperluaskan (FSA2) Kepada Pencarum Berusia Bawah 40 Tahun
Cadangan untuk meluaskan FSA2 KWSP kepada pencarum bawah 40 tahun dibuat oleh Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim. Beliau berkata, program ini dapat membantu golongan muda yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Beliau juga menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan cadangan ini dengan segera.
Menurut Shahidan, FSA2 merupakan pilihan yang dapat memberi bantuan secepat mungkin kepada golongan yang mengalami kesulitan akibat pandemik.
“Berhubung pengurusan strategik badan berkanun EPF (KWSP), saya ingin bertanya kepada YB (Yang Berhormat) inisiatif yang diperkenalkan FSA2,
kerajaan telah benarkan mereka berumur 40 tahun ke atas, terima kasih berjaya tetapi apa beza 40 tahun dengan orang umur 39 tahun macam mana?
“Jadi, saya minta ia dipanjangkan kepada 40 tahun ke bawah,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2023
- Bantuan BLP RM200 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia
Pengeluaran KWSP Diperluaskan Bagi Tujuan Membantu Rakyat Yang Dalam Kesusahan
Menurut beliau, Akaun 3 tidak membenarkan pencarum mengeluarkan wang lebih banyak kerana ia merupakan gabungan daripada Akaun 1 dan 2.
“YB akan menjawab kita akan mulakan Akaun 3 tahun depan, saya dengar YB sudah menjawab, tetapi sekarang saya nak jawab balik YB, Akaun 3 itu tak beri duit lebih, ia ambil dari Akaun 1 dan 2 dan beri kepada Akaun 3 sebelum dipermudahkan pengeluarannya.
“Permudahkan (pengeluaran) Akaun 2 sekarang YB orang tengah susah..kalau tak susah tak perlu cakap benda ini dan dia (pencarum) minta duit dia.
“Jadi saya ingat inilah masa terbaik kerajaan benarkan serta merta kerana orang tengah susah betul-betul terutama apabila kerajaan gagal menangani harga beras yang tak dapat dikawal,” katanya.
Pencarum 40 Tahun Ke Atas Boleh Memohon
Untuk rekod, FSA2 ialah program pinjaman peribadi yang menggunakan Akaun 2 KWSP sebagai cagaran yang dibuka permohonan kepada pencarum sejak 7 April lalu.
Melalui program tersebut, pencarum KWSP yang layak berumur 40 tahun dan ke atas boleh memohon antara RM3,000 dan RM50,000.
Ianya dalam bentuk pinjaman peribadi dengan permohonan dibuat menerusi Malaysia Building Society Bhd (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
SUMBER: Harian Metro