Semakan Syukur Sabah 2026 : Status Kelayakan, Tarikh & Jumlah Bayaran

SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026 : STATUS KELAYAKAN, TARIKH & JUMLAH BAYARAN
Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah (SYUKUR) diteruskan untuk sesi 2026, dengan amaun yang baharu bagi memastikan golongan miskin dan miskin tegar di Sabah menerima bantuan yang sewajarnya untuk memenuhi keperluan asas harian.
Bagaimanakah semakan syukur sabah 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYUKUR SABAH
Bantuan Kewangan Sabah di bawah Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) ialah bantuan khas Kerajaan Negeri Sabah kepada rakyat B40 yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS).
Tujuan utama pelaksanaan Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
- Sebagai tanda keperihatinan dan kasih sayang Kerajaan Sabah kepada rakyatnya.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong JKR 2026 – Ambilan Terbuka Seluruh Malaysia
- BARAKAT : Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat
SYARAT KELAYAKAN SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026
Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
- Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
- Had Umur : Berumur 18 tahun ke atas (sebelum 31 Disember 2026)
- Status Penempatan : Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun
- Negeri Kelahiran : Kelahiran Sabah atau Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah)
- Kategori Penerima : Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS)
- Kadar Pendapatan : Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa
Syarat Tambahan :
- Menyediakan Bukti Kediaman seperti Bil Utiliti, Penyata Bank atau Surat Pengesahan Ketua Kampung untuk pengesahan alamat/mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
- Penerima bukan terdiri daripada pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga).

PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN SEMASA
Pemohonan dan penerima bantuan mestilah berpendapatan dalam lingkungan berikut :
- Isi Rumah : RM2,843 (Miskin) – Isi Rumah : RM1,257 (Miskin Tegar)
- Per Kapita (Sebulan) : RM720 (Miskin) – Per Kapita (Sebulan) : RM310 (Miskin Tegar)
KADAR BANTUAN SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026
Setiap penerima yang layak akan terima kadar Bantuan SYUKUR Sabah seperti berikut :
- Fasa 1 (Januari – Mac) : RM600 (3 Bulan Pembayaran = RM200 per bulan)
- Fasa 2 (April – Jun) : RM600 (3 Bulan Pembayaran = RM200 per bulan)
- Fasa 3 (April – Jun) : RM600 (3 Bulan Pembayaran = RM200 per bulan)
- Fasa 4 (Oktober – Disember) : RM600 (3 Bulan Pembayaran = RM200 per bulan)
TARIKH PEMBAYARAN SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026
Tarikh rasmi pengkreditan duit Bantuan SYUKUR Sabah belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
- Fasa 1 : (Januari – Mac) : Belum Diumumkan : RM600 (3 Bulan)
- Fasa 2 : (April – Jun) : Belum Diumumkan : RM600 (3 Bulan)
- Fasa 3 : (April – Jun) : Belum Diumumkan : RM600 (3 Bulan)
- Fasa 4 : (Oktober – Disember) : Belum Diumumkan : RM600 (3 Bulan)
SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026
Status kelayakan penerima Bantuan Sabah secara online seperti berikut :
- Portal PADANS Sabah;
- Aplikasi YONO Superapp
Cara Semakan Status di Portal Rasmi PADANS :
- Sila layari pautan Portal Rasmi PADANS di pautan berikut : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Portal Rasmi PADANS.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Laman Semakan Status Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah akan dipaparkan.
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
Cara Semakan Syukur Sabah 2026 di Aplikasi YONO Superapp :
- Muat turun aplikasi ‘YONO Superapp melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian modul [Bantuan].
- Semak status kelayakan Bantuan SYUKRU Sabah anda.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN SYUKUR SABAH 2026
Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk saluran berikut:
- Talian Bantuan: 088 338 338
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://padans.sabah.gov.my/home/faq

