STR Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Mengikut Bank
PEMBAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 3
STR Fasa 3 : Tarikh bayaran & Semakan Status — Bagi mereka yang telah mengemukakan permohonan atau mengemaskini permohonan sebelum ini, semakan status kelayakan kini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi STR.
Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.
LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.
Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.
Baca Juga:
- Jadual Bantuan STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank Penerima
- STR Bujang Fasa 3 Telah Mula Dikreditkan Secara Berperingkat
KATEGORI & AMAUN BAYARAN STR FASA 3
Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3 :
STR FASA 3 : TARIKH BAYARAN MENGIKUT BANK PENERIMA
Tarikh Bayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan ke dalam akaun penerima sebelum Hari Raya Aidiladha merujuk kepada kalendar Kementerian Kewangan.
Maklumat tambahan :
- Pembayaran STR fasa 3 akan dibayar secara berperingkat mulai Jun 2023.
- Seperti sebelum ini, bayaran bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
- Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR boleh dibuat melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.
SEMAKAN TARIKH BAYARAN & STATUS STR
- Status pembayaran STR kini boleh disemak mulai 5 April 2023.
- Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.
KATEGORI KELAYAKAN STR
Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.
Penerima STR Fasa 3 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.
MAKLUMAT LANJUT SEMAKAN TARIKH BAYARAN STR FASA 3
Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:
Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
Lebih banyak info terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya DI SINI.