STR Fasa 4 Dikreditkan Lebih Awal Mengikut Bank Penerima

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

STR Fasa 4 Dikreditkan – Bantuan STR Fasa 4 adalah merupakan sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.

PENERIMA BANTUAN STR FASA 4

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 4 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN & SEMAKAN MYSTR FASA 4

Menurut Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023

Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

STR Fasa 4 Dikreditkan

BANTUAN STR FASA 4 : JADUAL & JUMLAH BAYARAN

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah

STR Fasa 4 Dikreditkan

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

SEMAKAN STATUS & TARIKH STR FASA 4 DIBAYAR

KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

MAKLUMAT LANJUT STR FASA 4 DIBAYAR

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/