Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM1,200 Mula Dikreditkan Hari Ini

Sumbangan Asas Rahmah

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) memberi manfaat kepada 700 ribu penerima STR yang akan menerima Bantuan RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit – Belanjawan 2024.

Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM600.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, berkata sumbangan itu dapat membantu penerima membeli barangan makanan asas yang diperlukan.

Bantuan SARA 2024 (Sumbangan Asas Rahmah)

Untuk membantu golongan miskin tegar, Belanjawan Madani 2024 telah mengumumkan bantuan SARA tambahan sebanyak RM1200 bagi setiap isi rumah yang mempunyai lima anak atau tiga anak dan kriteria tambahan yang relevan.

Untuk Belanjawan 2024, penerima STR yang berjumlah 700,000 orang akan menerima RM100 setiap bulan selama 12 bulan. Bayaran ini akan dibuat melalui kaedah yang sama seperti sebelum ini, iaitu dengan menggunakan MyKad.

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar tambahan STR berjumlah RM1200 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Baca Juga:

Kategori & Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Data e-Kasih dan JKM mengenal pasti dua kategori baharu golongan miskin, iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Kedua-dua kategori ini akan mendapat bantuan kewangan daripada Program SARA, iaitu RM100 sebulan selama setahun bermula Januari. Selain itu, mereka juga berhak untuk mendapatkan STR, iaitu sumbangan tunai sehingga RM2500 bergantung kepada jumlah anak dalam isi rumah.

Sumbangan Asas Rahmah

Rujuk lampiran penuh di bawah:

Semakan Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan.

Penerima yang layak boleh membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sumbangan Asas Rahmah

Tarikh Bayaran Bantuan RM100 (SARA)

Bantuan tambahan bagi tahun 2024 dijangka akan mula disalurkan bermula Januari – Disember 2024 (RM100 / sebulan) bagi yang berstatus Miskin Tegar di bawah eKasih atau JKM.

Manakala bagi penerima isi rumah STR, bujang dan warga emas, tarikh bayaran akan diumumkan kelak.

Maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

Bagi tahun 2024, bantuan SARA ini akan diberikan sebanyak RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan – dengan jumlah bantuan RM1200.

Sumbangan Asas Rahmah

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

Ikuti Group Whatsapp Rasmi Info Bantuan Kerajaan Malaysia 2024 :