Tarikh Bayaran Bantuan E-Wallet RM200 Untuk Rakyat Malaysia
Bayaran Bantuan E-Wallet. Bantuan e-wallet atau bantuan e-Pemula ini adalah inisiatif yang disedikan oleh pihak kerajaan setiap tahun bagi membantu mereka yang memerlukan. Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan insentif khas ini pada tahun 2023 dan kadar juga telah dinaikkan kepada RM200 berbanding RM150 pada tahun lalu.
Pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif yang baru diperkenalkan oleh kerajaan dan tidak ketinggalan bantuan sedia ada sebelum ini diteruskan pada tahun 2023 seperti bantuan ewallet.
BANTUAN E-WALLET 2023
Untuk makluman program bantuan e-wallet ini telah lama diperkenalkan dan masih relevan diteruskan sehingga sekarang. Ini adalah salah satu tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat Malaysia.
e-PEMULA 2023
e-Pemula 2023 adalah sebuah bantuan kerajaan yang diberikan secara kredit sahaja dan tidak boleh ditukar kepada tunai ringgit. Pelaksanaan bantuan ini bukanlah satu benda yang asing kerana telah diberikan sejak tahun 2021 lagi.
Tujuan utama pemberian bantuan secara kredit ini adalah untuk mendorong rakyat untuk melakukan pembelian secara kredit kerana ia lebih mudah dan selamat.
Baca Juga:
JUMLAH BAYARAN BANTUAN E-WALLET 2023
Pemberian bantuan e-Wallet kredit ini bagi tahun 2021 dan 2022 adalah berjumlah RM 150. Tetapi berita baik kepada rakyat, jumlah bantuan ini telah dinaikkan kepada RM 200 seorang bermula tahun ini.
Sebelum ini, kategori belia M40 tidak terima bantuan e-Wallet ini. Tetapi bagi tahun ini golongan tersebut tidak dipinggirkan lagi dan akan terima bantuan RM 100.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN E-WALLET
Ini adalah syarat kelayakan bagi e-Pemula 2023 yang dinyatakan:
- Diberikan kepada golongan belia dan bujang berumur 18 hingga 20 tahun
- Turut diberikan kepada setiap mahasiswa dan mahasiswa warganegara Malaysia yang menyambung pelajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi PengajianTinggi Swasta (IPTS)
- Golongan di atas akan terima bantuan RM 200
Manakala untuk kategori M40 pula adalah seperti berikut:
- Diberikan kepada belia M40 dengan jumlah pendapatan kurang daripada RM 100 ribu setahun
- Golongan ini terima bantuan RM 200
CARA UNTUK MELAKUKAN PENEBUSAN
Cara penebusan bantuan adalah sama seperti tahun 2021 dan 2022 lepas, anda perlu memuat turun satu daripada empat aplikasi di bawah
- ShopeePay
- BigPay
- Touch N Go eWallet
- GrabPay
Sila sahkan butiran anda dengan memuat naik butiran Kad Pengenalan yang sah.
TARIKH BAYARAN BANTUAN E-WALLET 2023
Tarikh bayaran bagi bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Dijangkakan bayaran bakal dilaksanakan pada pertengahan tahun (Mac) ini.
MAKLUMAT LANJUT
Selain daripada bantuan e-wallet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI